Ewah Ewah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis?

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis? Empty
PostSubject: Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis?   Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis? Icon_minitimeWed Apr 01, 2009 9:24 pm

KL, 30 MAC 2009: Hmmm... korang semua tengok tak konsert ketiga Akademi Fantasia 7 (AF7), Sabtu lalu? Murai Batu memang tak lepas sejak minggu pertama lagi sebab Murai Batu dah makin syok layan persembahan mereka terutama pelajar yang sangat passionate macam Hafiz tu. Memang bagus vokal dan showmanship budak tu.


Secara keseluruhan, rasanya inilah konsert AF7 terbaik setakat musim ketujuh ini. Murai Batu pun suka sangat dengan opening lagu Menuju Puncak yang dibuat secara acapella. Memang satu kelainan.


Satu lagi yang Murai Batu perasan, ada penambahan set di atas pentas. Ia menjadikan pentas AF7 minggu ini nampak lebih besar sedikit. Tapi nanti adakah keluasan lantai pentas itu pun akan ikut berubah juga wahai pereka set?

Yang Murai Batu ralat, pemilihan lagu tak cukup mencabar. Rasanya banyak sangat lagu yang popular pada era 1970-an dan 1980-an dan boleh mencabar voka kital. Macam mana lagu macam Angan-Angan, Anak Gembala, Rambu Ramba dan Abang Beca boleh dipilih sedangkan ini pertandingan nyanyian. Bukan lagu-lagu itu tak sedap, tapi ini pertandingan, bukan rancangan Mekar Sejambak atau lagu untuk goyang-goyang.


Mana pergi lagu-lagu hit Uji Rashid, Datuk Sharifah Aini, Zaiton Sameon, Kembara, Salamiah Hassan, Zaiton Sameon dan Razis Ismail malah lagu Dato' Khaty sendiri? Rasanya orang Sinar FM lebih faham dengan lagu-lagu yang Murai Batu maksudkan itu. Sangat merugikan kerana tahun ini, rata-rata pelajar AF7 dah bersuara bagus-bagus, jadi kenapa tak rebut peluang keemasan yang ada? Nak tunggu apa lagi sebab setiap minggu akan ada pelajar kena buang!


Dalam pada itu, Murai Batu lihat ketika AC Mizal mengumumkan nama Rini dan Obri sebagai 2 pelajar yang tersingkir malam itu, Cikgu Siti Hajar terus menangis bercucuran air mata. Ada juga beberapa tenaga pengajar lain yang menangis sama termasuklah Pengetua, Datin Seri Tiara sendiri.


Tapi, kenapa Cikgu Siti Hajar nampaknya terlebih emosi? Adakah ini disebabkan mereka berdua pelajar kesayangannya?


Korek punya korek, rupa-rupanya Cikgu Siti Hajar menangis sebab terlalu bangga melihat peningkatan setiap pelajarnya dalam konsert ketiga AF7 malam itu, tidak terkecualilah Rini dan Obri. Sebagai pendidik, beliau akui cukup sayangkan kesemua pelajar AF7 dan mahu melihat mereka berjaya.


Tapi nak buat macam mana, dah nama pun AF, setiap minggu akan adanya penyingkiran. Cuma Murai Batu harap biarlah yang tersingkir itu menarik beg keluar dengan bermaruah. Sebab itu, berbalik kepada lagu, ia mestilah yang kaw-kaw sebab barulah kita akan rasa puas walaupun ada yang tewas!


petikan dari web
Back to top Go down
https://ewah-ewah.forumotion.net
 
Kenapa Cikgu Siti Hajar Menangis?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siti Jumpa Pakar Sakit Puan?
» "Saya akan ubah perlahan-lahan" - siti
» Lagi-Lagi Tudung Siti
» Saida Kakak Siti Nurhaliza
» Siti Maeva Pengacara Rancang Zon Aktif

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: