KL, 31 MAC 2009: Seronok betul Miss Propa apabila dapat jumpa Adila AF7, baru-baru ini. Ingatkan orangnya terlalu' proper (bukan propa ya), tapi di sebalik sikap lemah lembut pelajar yang terkeluar minggu ke-2 itu, rupa-rupanya dia kelakar orangnya.
Apabila dapat bertemu, Miss Propa sempatlah bertanyakan beberapa soalan 'propa' kepada Adila. Alah... maklum sajalah, Adila sebelum ini pernah bergelar artis rakaman, tiba-tiba masuk pula AF7.
Paling best sekali apabila Adila secara peribadi menjawab soalan Miss Propa berkenaan hubungannya dengan keluarga kerabat diraja. Betul ker Adila? Eee... Propalah.
Adila juga sempat membuat pengakuan, selepas terkeluar dari AF7 dia sangat merindui 3 pelajar lelaki dalam program realiti paling popular itu. Siapakah mereka? Ada apa-apa ke?
petikan dr web