Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
milk



Male Number of posts : 100
Registration date : 2009-04-07

PostSubject: Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya   Mon Apr 13, 2009 10:33 pm

SEREMBAN - Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam.
Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.

Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.

Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.

Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.

“Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian. Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

petikan dr web
Back to top Go down
View user profile
 
Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» There's a Prototype for Everything
» Jaden Yuki Season 4 deck
» Bade Achhe Lagte Hain 21st October 2013 Epi Written Update
» Bade Achhe Lagte Hain - Written Update - 13 January 2014

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: