Ewah Ewah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf

Go down 
AuthorMessage
milk




Male Number of posts : 100
Registration date : 2009-04-07

Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf Empty
PostSubject: Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf   Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf Icon_minitimeMon Apr 13, 2009 10:37 pm

Banyak juga hadiah yang dibolot oleh Nabil semalam. Antaranya, kereta Nissan Sylphy 2.0 C yang pastinya akan digunakannya. Khabarnya, Nabil akan berkahwin 2 tahun lagi. Masa di ABP, Nabil memperagakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu. Manakala Irma pula mengenakan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Adakah Nabil sudah menjangkakan akan menang?

“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang. Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya.”

Komen Nabil tentang aksi peluknya di ABP 2008?

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira. Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang. Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya.”

Adakah ini detik pertama kali Nabil peluk Irma?

“Yea, pertama kali. Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun. Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya sahaja.”

Kiranya, kemenangan ini sekaligus dapat menewaskan Saiful Apek? Komen sikit?

“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya. Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya. Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).

petikan dr web
Back to top Go down
 
Peluk Spontan di ABP Nabil Mohon Maaf
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hanya 16 mohon bantuan Ph.D
» Nabil Beransur Pulih
» Penjelasan Gambar Johan Raja Lawak Peluk Ozlyn Wati

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: