Ewah Ewah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Siapa Ingat lagi Penyanyi Dwen? Dia Jurulatih tae kwan-do Sekarang Ni.

Go down 
AuthorMessage
milk




Male Number of posts : 100
Registration date : 2009-04-07

Siapa Ingat lagi Penyanyi Dwen? Dia Jurulatih tae kwan-do Sekarang Ni. Empty
PostSubject: Siapa Ingat lagi Penyanyi Dwen? Dia Jurulatih tae kwan-do Sekarang Ni.   Siapa Ingat lagi Penyanyi Dwen? Dia Jurulatih tae kwan-do Sekarang Ni. Icon_minitimeMon Apr 20, 2009 11:47 pm

Jika suatu waktu dulu, Dwen atau nama sebenarnya Ridzuan Abu Hassan, 50, lebih meminati bidang seni suara dan selesa menyanyi tetapi waktu telah mengubah segalanya. Penyanyi berasal dari negara Brunei Darussalam, yang mula mencipta nama pada tahun 1986 dengan lagu Satu Penantian, tidak pernah menduga hidupnya akan berubah jauh daripada apa yang dicita-citakan.

Berbekalkan album berjudul Satu Penantian, Dwen merantau ke Kuala Lumpur dengan bantuan penerbit album itu, Fauzi Marzuki. Mereka menjaja album tersebut dengan harapan impiannya untuk menjadi penyanyi terkenal akan tercapai. Siapa sangka album yang dijaja ke sana ke sini, akhirnya dibeli oleh syarikat rakaman EMI dengan bayaran sekali gus sebanyak RM17,000, di mana ia akhirnya telah meletakkan nama Dwen di persada seni suara tanah air. Bersama EMI, Dwen muncul dengan dua buah album iaitu Suatu Waktu Dahulu (1986) dan Memburu Mimpi (1987) Lagu ciptaan Fauzi Marzuki dengan lirik Habsah Hassan itu bukan sahaja telah mempopularkan Dwen malah ia turut dicalonkan dalam rancangan Muzik Muzik 1987.

Bagaimanapun pada tahun 1989 ketika namanya masih di puncak, Dwen meninggalkan bidang seni kerana mengikuti sebuah kumpulan tabligh. Tetapi Dwen tidak lama di situ, apabila akhirnya dia meninggalkan kumpulan tersebut dan menjadi keluarga kerja di TV3 pada tahun 1997.

Setelah berhenti dari TV3 dengan duit simpanan dan pampasan yang diberikan oleh pihak TV3 beliau membuka kelas tae kwan-do pada tahun 2001. Bermodalkan RM40,000, Dwen memberanikan diri membuka kelas tae kwan-do, Independent Martial Art Academy yang bertempat di Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

"Saya dapat tali pinggang hitam bukan dalam masa singkat tetapi selepas 25 tahun saya mendalami tae kwan-do. Semuanya bermula ketika saya masih di Brunei kerana sejak di sekolah lagi saya memang meminati seni mempertahankan diri. Kini dengan ilmu dan kelayakan yang ada, saya mempunyai pelajar lebih 300 orang yang mana kesemuanya Melayu dan ini memang menyeronokkan," kata Dwen.

petikan dari web
Back to top Go down
 
Siapa Ingat lagi Penyanyi Dwen? Dia Jurulatih tae kwan-do Sekarang Ni.
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lagi-Lagi Tudung Siti
» Anak penyanyi terkenal 80-an ketagih arak, amal seks bebas
» Anak Pontianak Kembali Lagi
» Siapa Mr. S (bekas pengurus artis) yang disiasat ugut artis?
» Selebriti remaja sekali lagi menggugurkan kandungan!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: