Ewah Ewah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Faizal Tahir

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin



Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

Faizal Tahir Empty
PostSubject: Faizal Tahir   Faizal Tahir Icon_minitimeWed Mar 18, 2009 3:26 am

Elok juga tu kan. Lepas menjadi naib juara OIAM musim pertama dulu sehinggalah ke AJL23, Faizal memang tidak pernah berhenti bekerja demi menyara keluarganya itu.

Tetapi, Faizal kini sudah bersedia untuk kembali mewarnai dunia seni apabila dia akan muncul dalam persembahan sempena minggu setiausaha bersama penghibur tersohor, Anita Sarawak atau Kak Nita yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Kak Maru memang puji melangit dengan sikap menepati masa Kak Nita yang sampai tepat pada waktunya tetapi yang tak sedapnya, Faizal datang lewat sejam daripada waktu asalnya.

Alasan yang diberikan Faizal adalah kerana kesesakan lalu lintas yang kebetulan pada waktu itu hujan lebat sedang melanda ibu kota. Yang tak sedapnya kata Kak Maru, Faizal yang tiba-tiba datang terus duduk tanpa meminta maaf di atas kelewatannya.

"Sepatutnya Faizal harus meminta maaf di atas kelewatannya sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menunggu lama. Ini tidak, buat tak tahu dengan muka selamba dia je. Tak eloklah macam tu. Cubalah hormat sikit pada Kak Nita yang senior tu dan pihak penganjur," ngomel Kak Maru yang semakin berseri-seri selepas berkahwin.

Teguran ini adalah untuk Faizal memperbaiki kesalahannya agar dia tidak melakukannya lagi di masa hadapan. Mungkin pada Faizal ia adalah perkara biasa tetapi kalau tidak ambil berat, mungkin akan menjadi satu kebiasaan. Jadi, fikir-fikirkanlah ya!

petikan dari web
Back to top Go down
https://ewah-ewah.forumotion.net
 
Faizal Tahir
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: