Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Yatt Bahagia Ditaja!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

PostSubject: Yatt Bahagia Ditaja!   Wed Mar 18, 2009 3:42 am

Jika sebelum ini majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Ning Baizura banyak mendapat tajaan, kini giliran pelakon yang semakin meningkat popular, Haryati Hamzah atau Yatt pula menjadi perhatian.

Yatt dan pasangannya, Abdul Mutalib Abdul Shukor ketika ditemui di majlis sidang akhbar perkahwinannya yang diadakan di Butik Lynda Rahim, Ampang mengakui bersyukur dengan pelbagai tajaan yang diterima mereka.

"Inilah yang dinamakan rezeki dan saya sangat mensyukurinya. Apa yang boleh saya cakapkan kebanyakan penaja-penaja ini adalah rakan-rakan saya dan ramai di antara mereka yang biasa bekerjasama dengan saya sebelum ini," ujar Yatt yang berasa cukup bertuah kerana beranggapan bukan semua orang bernasib baik seperti dirinya.

Bagaimanapun katanya, majlis pernikahan yang bakal diadakan di rumah kediaman keluarganya di Seremban 2, Negeri Sembilan pada 29 Mac depan dan majlis perkahwinan yang akan diadakan di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya pada 4 April kelak bukanlah sebuah majlis yang terlalu hebat.

"Majlis kami nanti bukanlah sangat 'grand'. Lagipun saya bukanlah artis yang terlalu hebat atau popular. Apa yang saya dan Mutalib harapkan adalah sebuah majlis yang sederhana tetapi meriah. Lagi seronok kalau semua keluarga, saudara mara dan rakan-rakan dapat berkumpul beramai-ramai pada majlis itu kelak," ujar Yatt yang memulakan kerjaya seninya pada tahun 2004.

Ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi, Yatt yang kelihatan begitu 'manja' di sisi Mutalib memberitahu perasaannya sama dengan bakal pengantin yang lain. Walaupun berdebar namun dia tetap teruja untuk melalui fasa baru dalam kehidupannya. Apatah lagi dia sudah menjalinkan hubungan cinta yang agak panjang dengan Mutalib selama kira-kira empat tahun.

Petikan dari web
Back to top Go down
View user profile http://ewah-ewah.forumotion.net
 
Yatt Bahagia Ditaja!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: