Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Penerbit pertahan karya songsang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

PostSubject: Penerbit pertahan karya songsang   Wed Mar 18, 2009 7:39 pm

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka. Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.

“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.

“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.

Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.

“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.

petikan dr berita tempatan
Back to top Go down
View user profile http://ewah-ewah.forumotion.net
 
Penerbit pertahan karya songsang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: