BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja pasar raya Tesco Extra di Seberang Jaya di sini yang cuba menghalang empat perompak melarikan barangan kemas bernilai RM250,000 dari kedai emas Poh Kong mati ditembak.
S. Sathiasillan, 28, pengurus pasar raya tersebut yang terkena tembakan pada dagu dan dada mati di tempat kejadian.
Rakan Sathiasillan, N. Ilangohvan, 26, pengurus peruncitan pasar raya itu dan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut, Izat Hafiz Mohd. Saad, 27, juga cedera. Mereka dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan Izat terkena tembakan di rusuk kiri.
Rompakan nekad oleh empat lelaki termasuk dua yang bertopeng itu berlaku pukul 10.12 pagi semasa kakitangan kedai yang terletak di tingkat bawah pasar raya itu mahu membuka perniagaan.
Petikan dari akhbar tempatan