Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Bukan konspirasi politik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

PostSubject: Bukan konspirasi politik   Wed Mar 18, 2009 9:14 pm

KUALA LUMPUR 18 Mac - Lembaga Disiplin UMNO menolak pandangan umum dan tuduhan bahawa keputusan yang dibuat terhadap beberapa ahli UMNO yang didapati bersalah di bawah tataetika parti sebagai tidak tepat atau berupa konspirasi politik.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti bagi setiap kes yang dibicarakan dan juga keterangan yang diperoleh semasa penyiasatan serta pendengaran.

"Keputusan bukan berdasarkan tuduhan-tuduhan melulu atau hearsay (dengar cakap)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan 15 daripada 29 ahli UMNO yang disiasat pihaknya didapati bersalah dengan kebanyakannya berkaitan dengan amalan politik wang.

Antara yang menarik perhatian umum ialah calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang didapati bersalah melakukan politik wang dan dilarang daripada bertanding atau terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.

petikan dari akhbar tempatan
Back to top Go down
View user profile http://ewah-ewah.forumotion.net
 
Bukan konspirasi politik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Sembang Di Alam Maya :: Politik-
Jump to: