Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Memey masih tinggal di pejabat NH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

PostSubject: Memey masih tinggal di pejabat NH   Mon Mar 23, 2009 1:23 am

Berita dari akhbar tempatan melaporkan lanjutan dari kisah Norman Hakim dan Memey. Khabarnya selepas buat kenyataan berani dan tampil di khalayak umum, Memey buat hal lagi. Sumber dari kawasan sekitar pejabat Norman memberitahu, kelibatnya sering kelihatan di pejabat Norman tak kira siang atau malam.

Sumber daripada emel memberitahu...

"Sejak perbicaraan kes mereka, saya lihat Memey kembali tinggal di pejabat Norman. Setiap hari, kami lihat kelibat Memey, malah dia semakin berani. Kalau dulu, Memey sering ubah penampilan, sekejap bertudung litup, sekejap pakai purdah, tapi sekarang dengan selamba, dia berjalan depan kami. Yang peliknya, Memey ni macam sudah tiada perasaan bila terserempak dengan jiran tetangga, macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Paling menyakitkan hati, jangan kata nak senyum, bila terserempak dengan jiran siap buat muka toya lagi. Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan Memey dan Norman ni, mereka hidup bagaikan pasangan suami isteri. Dan Memey juga sudah lama tinggal di pejabat Norman, sebelum Norman bercerai dengan Abby Abadi lagi.

"Saya pernah melihat Abby menyerbu pejabat Norman, tetapi suaminya itu tak mahu buka pintu sebab Memey ada di dalam. Ketika itu, Abby sedang sarat mengandung, kasihan kami melihatnya. Dia terpaksa menumpang duduk di rumah jiran kami sebab tak tahan menunggu Norman agak lama mahu keluar. Bayangkan sampai tahap itu Norman boleh lakukan pada bekas isterinya dulu. Tiada rasa belas kasihan langsung pada Abby.

"Sebagai jiran dan penduduk tetap di sini, takkan kami nak biarkan saja Memey dan Norman terus buat maksiat. Kami tak berniat nak masuk campur urusan mereka, malah saya pernah tanya pada seorang Ustaz, apakah benar tindakan jika dilaporkan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Ustaz itu beritahu adalah wajib bagi kami melaporkannya kerana kalau tidak, kami dikira bersubahat dan turut menanggung dosa atas perbuatan mereka.

"Pada hujung minggu lalu, mata saya sekali lagi memandang Memey mengusung tilam dan bantal, saya sudah tak tahan lagi melihat perbuatan mereka. Saya tak tahu apa jenis Memey ni, mana letaknya maruah diri?,".
Back to top Go down
View user profile http://ewah-ewah.forumotion.net
 
Memey masih tinggal di pejabat NH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: