Pergi Ikea tak pakai coli TAK tahu nak bagi reaksi apa sewaktu teman Diva sampaikan cerita tentang seorang artis yang memang popular di negara kita ini.
Dia yang baru bergelar isteri kepada hos dan pelakon Malaysia dikatakan tidak memakai coli sewaktu berjalan-jalan di gedung Ikea, Damansara.
Perkara ini disaksikan sendiri oleh teman Diva yang kebetulan berada di pusat perabot terkenal itu.
Katanya, waktu itu dia ternampak seorang wanita cantik yang sedang berjalan dengan lelaki kacak. Renung punya renung, rupa-rupanya itu pasangan suami isteri selebriti popular.
Tapi yang membuatkan perhatian teman Diva lebih tertumpu adalah cara pemakaian si isteri. Dia dengan selamba tidak memakai coli dan berjalan dalam keadaan sangat bersahaja.
Teman Diva cakap, sudahlah dia tidak memakai coli, yang paling membuat banyak mata memandangnya adalah kerana dia hanya mengenakan sehelai baju putih yang nipis.
Diva faham pelakon wanita ini mungkin menganggap tidak memakai coli bukan satu kesalahan dan mungkin dia pun sudah biasa tidak memakai coli.
Tapi dari satu sudut, Diva harap dia ada perasaan malu dan menghormati orang lain sebab dia sedang berada di tempat awam. Kalau di rumah, dia nak buat apa pun orang tak kisah.
petikan dari akhbar tempatan