BESUT - Gurauan pura-pura lemas sekumpulan 10 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) ketika mandi di Pantai Tanjung Demong, Kampung Raja dekat sini petang kelmarin rupa-rupanya menjadi kenyataan.
Ini kerana, hanya beberapa minit selepas kumpulan pelajar itu bergurau senda sedemikian, seorang daripada mereka, Mohamad Azamir Mohktar, 20, dari Selama, Perak benar-benar lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang.
"Pada masa itu kami bergelak ketawa kononnya ada yang lemas, tak sangka pula gurauan itu jadi kenyataan," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Shariman
petikan dari akhbar tempatan