Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Hampir tukar agama kerana jiran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Number of posts : 147
Registration date : 2009-03-16

PostSubject: Hampir tukar agama kerana jiran   Mon Mar 23, 2009 9:22 pm

KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan,"

petikan dari akhbar tempatan
Back to top Go down
View user profile http://ewah-ewah.forumotion.net
 
Hampir tukar agama kerana jiran
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Sembang Di Alam Maya :: Isu Semasa-
Jump to: