MANILA – Sebuah van yang tidak dikenali tiba-tiba melintas landasan sehingga memaksa juruterbang sebuah pesawat penumpang membatalkan pendaratan pada saat-saat akhir semalam.
Penyelia kawalan udara, George Raquion berkata, pesawat milik Cebu Pacific Air itu bersedia untuk mendarat di lapangan terbang Legazpi pada Sabtu lepas tetapi van yang tidak dikenali tiba-tiba memasuki landasan.
“Juruterbang memberitahu bahawa pesawat hampir merempuh van tersebut tetapi berjaya terbang semula,”
Petikan dari akhbar tempatan