Ewah Ewah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ewah Ewah

Mari BerGosip
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya

Go down 
AuthorMessage
milk




Male Number of posts : 100
Registration date : 2009-04-07

Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya Empty
PostSubject: Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya   Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya Icon_minitimeMon Apr 13, 2009 10:33 pm

SEREMBAN - Rombongan artis bagi filem Jangan Tegur terlibat dalam kemalangan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh seorang pekerja lebuh raya di Kilometer 263.2, Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam.
Mangsa seorang warga Bangladesh, Mofizul Hoque, 40, terbunuh akibat dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik penerbit filem tersebut, David Teo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, selain David, dua pelakon terkenal, Ahmad Idham dan Nadia Mustafar turut berada di dalam MPV yang sama.

Selain itu, dua pegawai perhubungan awam Metrowealth Production iaitu Azahari Abdul Hamid dan Suhairi Mat Johor juga terbabit.

Kesemua mereka dalam perjalanan untuk promosi filem Jangan Tegur di Singapura.

Azahari, 31, yang memandu MPV itu ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila lelaki itu bersama rakannya tiba-tiba melintas lalu dia memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon sebelum gagal mengelak dan terlanggar mangsa.

“Saya terkejut nampak mangsa dan rakannya melintas. Rakan mangsa sempat melintas tetapi mangsa tidak sempat berbuat demikian. Kebetulan kenderaan berada di laluan paling kanan, saya tidak boleh ke kiri kerana banyak kenderaan lain dan sebelah kanan ada pembahagi jalan. Saya tidak memandu laju cuma tidak sempat mengelak kerana insiden itu berlaku terlalu pantas,” ceritanya ketika ditemui Kosmo! di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 selepas membuat laporan polis mengenai kemalangan itu.

petikan dr web
Back to top Go down
 
Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jumlah pekerja Indonesia diberhenti tidak besar - PM
» Restoran Milik Liyana Jasmay - Harganya Cekik Darah
» Pensyarah maut kereta bertembung lori
» Tercampak dalam gaung dari kereta api
» Jangan layan rayuan - Dr. M

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ewah Ewah :: Gosip Artis Melayu :: Gosip Artis-
Jump to: