REMBAU - Seorang pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Pedas-Linggi berhampiran Kampung Kundur dekat Pedas di sini semalam.
Semasa kejadian pukul 7.30 pagi, Nor Fazwani Nordin, 29, memandu kereta Perodua Kelisa menuju ke KKTM di sini.
"Sampai di lokasi kemalangan, kereta mangsa terbabas dan bertembung dengavn sebuah lori satu tan yang datang dari arah bertentangan," kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom.
Menurut beliau, kereta tersebut dipercayai terbabas kerana jalan licin ekoran hujan.
Mangsa yang baru dua bulan berkahwin itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Petikan dari akhbar tempatan