Kata joyah, khabarnya seorang artis makan benda haram (babi) tanpa rasa bersalah. Tapi bukannya di restoran lima bintang atau ketika di luar negara. Hanya di sebuah pasar di pusat membeli belah di sebuah kawasan elit di Kuala Lumpur. Khabarnya si artis yang popular dan pernah bercinta dengan seorang pelakon itu datang ke pasar itu bersama seorang temannya. Mungkin kekasih barunya tapi melihatkan kemesraan masing-masing, memang ada bibit-bibit cinta antara mereka. Dan si kekasih artis popular itu juga bukan sahaja berlainan bangsa malah juga tidak seagama. Si artis ini ketika pergi ke bahagian ‘tidak halal’, selamba merasa salah satu kepingan yang mengandungi daging babi.
petikan dari web