Difahamkan, artis ini menetap di kampung halaman kerana katanya mengikut tradisi keluarganya, selepas selesai kenduri kendara dia perlu menziarahi sanak saudara.Rupanya artis itu 'berkurung' di kampung kerana ada udang di sebalik batu. Dia beranak dan berpantang di kampungnya. Terkejut juga SS kerana baru tiga bulan berkahwin dah dalam pantang, apa cerita?
Selepas habis berpantang, artis itu pernah muncul dalam akhbar, tetapi tak sebut langsung pasal anaknya itu. Dia cerita pasal kerjaya seninya yang agak perlahan selepas berkahwin dan sekarang senyap terus tanpa khabar berita.
SS takut nanti apabila berjalan di tengah orang ramai, anak sendiri dikatakan anak angkat. Payah dibuatnya. Bagaimanapun SS tak pasti pulak anak artis itu lelaki atau perempuan. Yang sahih, anak itu adalah 'anak projek' dengan suaminya sekarang.
petikan dari web