Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu tambah membahagiakan dengan kelahiran anak sulung mereka Ogos ini. Mereka dijangka dikurniakan bayi lelaki. Tiga nama sudah disediakan, Mohd Shah Edwin, Mohd Amzan Danish dan Mohd Khalil Ilman. Menurut Rosma, sejak awal kehamilan dia tidak mengalami alahan yang teruk dan aktif seperti biasa. Khai pula sering sakit kepala, loya, hendak muntah dan lemah badan. Ketika kandungan Rosma berusia seminggu, selama itulah juga Khai demam.
"Saya tidak pernah mengidam makanan pelik cuma suka makan durian dan jus soya. Masa mula mengandung saya makan durian sikit saja sebab orang kata buah itu 'panas' dan tidak baik untuk kandungan. Sekarang bayi dah besar sikit, saya makan sesedap rasa. Berat badan pun bertambah 10 kilogram menjadi 55 kilogram.
"Walaupun sebelum mengandung saya jaga makan bimbang jadi gemuk, tetapi sejak mengandung saya makan macam biasa. Tak boleh tahan selera. Itupun emak pesan jangan makan makanan 'tajam' dan 'sejuk'," katanya.
Kata Rosma, dia akan bersalin di pusat perubatan Islam di Bangi, Selangor, tetapi akan balik berpantang selama dua bulan di kampungnya di Pahang.
petikan dari web