Akibat leka menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika menunggang motosikal, seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori simen di Jalan Tambun Tulang dekat Belat Batu, Arau awal pagi semalam.
Ketua Polis Trafik Kangar, Cif Inspektor Roslan Mohamed berkata, mangsa, Norbasirah Ahmad Shukri, 18, ketika kejadian sedang menunggang dari arah Simpang Empat menuju Arau manakala lori terbabit datang dari arah Arau.
Menurutnya, mengikut keterangan pemandu treler terbabit, mangsa dipercayai sedang menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika menunggang sehingga menyebabkan dia tidak sedar motosikalnya telah masuk ke arah bertentangan.
Petikan dari akhbar tempatan