Cik Normah dapat tahu pelbagai gelagat yang mampu membuatkan orang ketawa terbahak-bahak. Dari set penggambaran hinggalah ke rumah, ada saja cerita yang boleh dikongsi.
- Kalau di set penggambaran, pelakon ini sering membuat perangai ikut angin sendiri.
- Kalau dia rasa nak balik, dia boleh balik ke rumah.
- Semua perkara dan tindakan dibuat dengan sesuka hatinya tanpa memikirkan perasaan orang di kelilingnya.
- Ini bukanlah bermakna pelakon cantik sakit jiwa.
- Cuma, orang kata pelakon ini sedang melalui fasa biasa dalam kehidupan.
- Cuba teka maksud tersirat Cik Normah.
- pelakon ini pantang nampak orang bawa makanan. Dia jadi orang pertama yang menyerbunya walaupun kadang-kadang tidak dipelawa pun.
- Berselera sungguh nafsu makan pelakon.
-Tapi yang jadi lawaknya, pelakon cantik ini sanggup membeli kunci untuk mengunci rak makanan di dapur daripada ‘dicerobohi’ suaminya sendiri.
- Pelik tapi benar. Sampai ke tahap itu sekali berperangai anehnya itu.
-Tak apalah, mesti suaminya memahami sangat keadaannya. Nanti selepas dua atau tiga bulan lagi, isterinya akan berubah sikap.
petikan dari web