AMPANG: Nora Danish, pelakon siri Puteri telah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli semasa dia sedang mengandung pada 8 November 2008. Semalam, kedua-dua mereka 'bersatu' semula di majlis cukur jambul anak sulung mereka, Putera Rayqal Ramli.
Walau bagaimanapun, Nora masih bertegas dengan pegangannya akan meneruskan hidup solo. Status ibu tunggal pula bukanlah perkara mustahil bagi seorang wanita muda seperti dirinya.
"Ibu saya (Sally Talib) sendiri memberi semangat kepada saya. Dia seorang ibu tunggal kerana bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia 12 tahun. Menjadi ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami tidak akan jadi susah asalkan saya pandai mengatur masa dan mengawal diri," kata Nora.
Bekas bapa mertua Nora, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat pula berkata, perpisahan anaknya, Rizal, dengan Nora langsung tidak menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.
Petikan dari akhbar tempatan